SELAMAT BERGABUNG di SMP SANIAH AEK SONGSONGAN. KAMI ADA UNTUK BERBAGI

Kamis, 14 Februari 2013


 TAYAMUM
 
Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
 
Fardu Tayamum
  • 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
  • 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
  • 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
  • 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).
 
"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya
"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
 
 
SAPUKAN KE MUKA
SAPUKAN TANGAN 
 
Syarat-syarat Tayamum
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
  • 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
  • 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
 
Sunat-sunat tayamum
  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • 3. Menipiskan debu di tangan.
 
Perkara yang membatalkan tayamum
  • 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
  • 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar